13 Feb 2012

Dup dap dup dap! Nebes jumpa Mak dia.

Tengahari, Sabtu, 11 Februari 2012.

Dua minggu sebelum tu boyfren dah bagitau yang Mak dia dari Kedah nak mai turun kat sini sebab nak celebrate birthday cucu dia kat Selayang. First time la kot dia ajak aku jumpa Mak dia secara rasmi. Dia bagitau awal sebab nak suruh aku ready dari segi mental dan fizikal. Haha. Tapi aku relax je kot. Lalalalalalala~

Hari yang dinanti datang jugak akhirnya, tapi ada sikit perubahan rancangan. Sebelum nak jumpa Mak dia, kene la tengok keadaan Ateh kat Sekolah Menengah Sains Seri Puteri (SESERI) Kuala Lumpur. Baru je seminggu lebih dia kat situ, dah nangis-nangis mintak balik ngan Ayah. Senang cerita nak tukar sekolah la tuu, tanak duduk asrama dah, tak tahan katanya. Mula-mula ritu kitorang adik beradik malas nak layan, tapi bila dah bagi nasihat haritu memang dia nak keluar jugak asrama. Maybe jiwa dia memang tak berkenan ngan keadaan kat sekolah tu. Isk isk isk.


Punyala nak bagi semangat, Ayah suruh Pakcu datang bawak sekali anak dia yang sulung tu. Kaklong ngan Ateh memang rapat, kira macam nak bagi semangat la kat Ateh. Tapi, dengan Kaklong tu yang nangis sebab kesian sangat tengok Ateh. Huhuhuhu. Yang paling kanan sekali tu Along Hudd, drama je lebih tuu. Ceytt! Pakcik yang berdiri (pakai spec) kat atas ni pun tengah luah perasaan jugak sebab anak dia pun nak keluar asrama. Adoiiii! Ateh ada geng! Hehehehe. 

Dan akhirnya Ayah ngan Mak terpaksa la akur ngan keputusan Ateh yang dah tanak sekolah situ. Sekarang ni yang Ateh boleh buat hanyalah bersabar sebab Cikgu Kaunseling kena kaunseling habis-habisan dulu sebelum dia keluarkan surat berenti sekolah. Huhuhu! Gudluck Ateh.

Malam, Sabtu, 11 Februari 2012.

Okay, pukul 5 lebih kitorang gerak tinggalkan Ateh kat SESERI. Yang lain balik Kuala Pilah, aku pulak ke Selayang. Haaaa, time ni aku tak nebes langsung, perjalanan jauh lagi kann.

Masuk taman perumahan rumah kakak dia, time ni laa yang aku nebes gila-gila. Tapi kejap jelaa, aku pun tak tau cane boleh tak nebes. Selalunya mende-mende macam ni la yang buat aku menggelabah.

Ok, dah sampai! Eh eh, Mak dia tengah tunggu kat luar pagar sambil dukung cucu kesayangan. Dengan penuh sopan santun aku pergi la salam sape-sape yang berkenaan tu. Keadaan masih terkawal lagi setakat ni.

Walaupun aku tetamu malam tu tapi kene la jugak tolong apa yang patut. Emm emmm, tiup belon je punnn. Tengah semangat tiup belon ada lak sorang budak nakal ni bantai aku ngan belon-belon yang dah ditiup tu. Amboiiii, geram je aku ngan budak tu. Eh ehh, sabarrr. Dah nama pun budak-budak.

Bila boyfren aku pergi solat, time tu la kena tanya macam-macam. 'Anak nombor berapa, adik beradik berapa orang, bla bla bla'. Hehehehehe. Aku tak kesah, sekurang-kurangnya nampak usaha orang nak kenal kita kan? Masa tengak mekap-mekap dalam bilik pun aku ada gak borak ngan Mak dia, cerita pasal apa ntah. Borak kosong je. Pasal keje, pasal jubah, pasal perfume Mekah yang Mak dia bagi sebelum ni. Terer tak? Kekekekeke

Oh ohh, baru teringat sebelum sampai rumah akak dia aku dah warning awal-awal, jangan tinggalkan aku sorang-sorang terkontang kanting. Walaupun mula-mula tu dia cakap aku kena belajar sesuaikan diri, tapi dia takde pun tinggalkan aku. Aku duduk je depan tv, dia yang amikkan makanan sume. Hahaha. Terharuuuuu~


Kat atas ni la birthday boy, genap umur setahun kot. Tapi celebrate lewat sehari sebab jatuh hari kerja. Comel kan kan kan? Ngan semua orang dia nak, rasa macam nak gigit-gigit je pipi budak neh! Hihihihi. Happy Birthday Haziq!

Nak aku simpulkan disini, sebenarnya aku taklah nebes sangat. Mungkin sebab aku dah jumpa Mak dia sebelum ni secara tak langsung ditambah pulak dengan pengalaman terdahulu. Kira belajar dari pengalaman la ni. Eceyhh! Papepun memang enjoy laa!

0 ce komen, ce komen kat bawah ni..:

Post a Comment