29 Jun 2011

tacing!!!!

fuhhh, sabar aje laaaaaaaaa..

kalau aku boleh jerit sekarang, dah lama aku jerit kuat-kuat bagi semua orang tau aku tengah geram..

benda kecik je, tapi kecik-kecik tula dah menunjukkan perangai sebenar..

besar sangat ke permintaan aku tadi?

mintak DIA tunjuk muka, salam-salam ngan kawan kakak aku tu yang datang dari Seremban..

datang sini untuk uruskan biasiswa adik dia..

bukan hari-hari dia datang sini..

bukan brader tu datang sorang-sorang, dengan adik perempuan dia kot..

susah sangat ke nak jumpa, kenal, salam??

alasan, DIA bukan jenis macam tu, DIA tak suka jumpa-jumpa macam tu..

aik, boleh terima tak?

kalau DIA pikir DIA tu sayang kat aku, takde salah pun ikutkan permintaan aku yang tak seberapa tu..

ego sangat. saham tak jatuh la kalau rendahkan sikit ego tu..

part yang aku paling tacing, masa brader tu nak balik, brader tu nampak kelibat DIA..

brader tu pun tunggu la DIA kot-kot nak datang salam..

tapi.. haraaaaammm.. takde pun..

fuuuhhh, memang tacing gila la tadi..

sekeras-keras hati aku, keras lagi hati DIA..

ya ALLAH, tabahkan la hati hambamu ni......

Petua Cari Jodoh

Untuk dikongsi bersama.... ('',)

1. Semua orang Ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ianya berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

2. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

3. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

4. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.

5. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa
merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang
mulakan.

6. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

7. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.

8. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut

9.. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.

10. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. Perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.

11. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.

12. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan

13. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.

14. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan, tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian,pengorbanan dan sebagainya.

15. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengansenyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.

16. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.

17. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.

18. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.
.
19. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.

20. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada
lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.

21. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasanayang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.

22. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.

Haaaa..apa macam? Berguna tak? Hehehehehe.. Sebenarnya petua di aku dapat kat [sini ]. Ada 60  petua semuanya, tapi aku ambil petua-petua yang aku rasa best je untuk tatapan muda mudi sekarang dan peringatan untuk diri sendiri. Agak-agak tengah mencari jodoh, boleh la guna petua-petua kat atas. Selamat mencuba!! (",)










28 Jun 2011

3 minggu yang serabut..

Gilaaaaaaaaaaaaaa!!!

Haishh, sebaik aku tak gila lagi. Memang tiga minggu ni betul-betul mencabar kerasionalan, kementalan dan kerohanian. Sebab satu je, pasal LELAKI.

Start gila bila boyfriend aku cakap lagi tiga tahun nak kahwin. fuhh, lama tuuuuu. Saja nak uji dia, so aku tarik muka 2 minggu, tak cakap sepatah haram pun ngan dia, barang-barang dia semua aku pulangkan. Hamik kau, nak sangat tunggu lama-lama kan, aku rasa aku takleh nak tunggu. Puas hidup membujang dah kot. Dia je tak sampai-sampai seru lagi. Budak muda, biasalaaa...

Hati dah sayang, nak uji dia konon padahal aku yang teruji tengok muka seposen dia hari-hari kat opis ni. Tapi disebabkan marah sangat, kayukan jela perasaan ni. Sakit takyah cakap la, tiap-tiap malam mengalir je air mata ni. Lemah betul si perempuan.

Makin gila bila minggu ni aku dapat tau kawan yang dah lama aku cari dah kahwin pulak, baru dua bulan lepas. Haiishh, melepas la jawabnya. Takde jodoh..isk isk isk.. Takpela, doakan kebahagian diorang berdua. Peliknya, sedih bila tau dia dah kahwin. Padahal kenagan ngan dia ciput je kot. Hmm, kualiti yang penting, bukan kuantiti. Alamak aiii, nape la abang kahwin cepat sangat bangggg..

Semua yang aku suka dah kahwin, aku je tak kahwin-kahwin lagi. Lambat betul jodoh sampai. Apa-apa pun, tiga minggu yang teruk dah berlalu. Walaupun ada saki baki lagi, redha jelaa. Chow!

6 Jun 2011

Kawan...



10 JENIS KAWAN

1. Kawan tu bukan macam main FUTSAL
    - mula-mula kejar, bila dah dapat sepak. =(

2. Kawan tu bukan macam main SKATE
    - mula-mula gosok, lepas tu pijak. =(

3. Kawan tu bukan macam main RAGBI
    - mula-mula tangkap, dah dapat tendang. =(

4. Kawan tu bukan macam PAMPERS.
    - dah pakai, lepas tu buang. =(

5. Kawan tu bukan macam BARANG KEMAS
    - masa baru beli pakai, dah takde duit gadai. =(

6. Kawan tu bukan macam PELANGI
    - hari cerah hilang, hujan gerimis baru muncul. =(

7. Kawan tu bukan macam KERETA
    - rosak sikit jual, pastu beli baru. =(

8. Kawan tu bukan macam CHIPSMORE
    - kejap ada, kejap takde. =(

9. Kawan tu bukan macam BANK
   - bila dah takde duit, baru nak cari. =(

10. Kawan tu bukan macam MAYAT HIDUP.
   - takde perasaan walau kena tikam banyak kali. =(

Kawan datang dan pergi, tu lumrah kehidupan. Ada yang pergi sebab kahwin, ada yang menjauh sebab memang dah jauh, ada yang kureng ajar sikit bila dia dah ada boyfriend atau kawan baru, mula la tinggalkan kita. 

Moralnya, bila dah berkawan tu jangan la terlalu rapat (khusus untuk orang perempuan je). Aku pun dah trauma nak berkawan baik dengan kaum sejenis, takut satu hari nanti akan ditinggalkan, diabaikan, dilupakan, dan yang paling taknak, digunakan untuk masa-masa susah je. hishhh, simpang laaaaa....

Untuk orang-orang yang dah trauma nak berkawan BAIK ngan kaum sejenis macam aku ni, dinasihatkan kalau ada boyfriend, berkawan baiklah dengan boyfriend anda ok? Sekurang-kurangnya bila kawan perempuan tikam belakang ke, abaikan kita ke, takla terasa sangat kan?

Peringatan pertama untuk diri sendiri, jangan abaikan kawan-kawan yang baik dengan anda. Tak semua kawan tu tak baik kan? Yup, memang betul. TAK SEMUA kawan tu akan gunakan kita, abaikan kita. Kalau ye pun ada boyfriend, kalau ye pun ada kawan baru, janganla sampai abaikan kawan YANG BAIK DENGAN KITA. Senang kan?

Peringatan kedua untuk diri sendiri, agak-agak dah ada life sendiri dengan boyfriend atau kawan baru, JANGAN cari kawan lama untuk waktu-waktu kesusahan je, untuk mendapatkan pertolongan je. Tak baik tau, kawan lama tu ada perasaan jugak. Janganla kejam sangat ok? Ingat ye wahai Cik Nurul Ezzah. Peace!!!

 
p/s : Lebih afdhal berkawan baik dengan family sendiri. =))