30 May 2011

Mei For Meriah!!!

Assalamualaikum guys,

Fuuhh, lama betol tak mengupdate pape kat dalam belog ni. Setelah belog ni bertukar nama dan wajah, baru la ada mood nak tulis-tulis. Hihihihihihi. =)

Bercerita pasal bulan Mei 2011, boleh dikatakan tiap-tiap minggu ada je aktiviti. Dengan kayuh basikal nye, dengan family day nye, dengan hari belia nye. Tapi kira ok la tu, takla masa aku ni terbuang macam tu je.

Minggu Pertama

Ahad, 8 Mei, Putrajaya. Program Inter-Parks Ride, program ni under KBS. Ativiti ni paling ditunggu-tunggu sebab dah lama tak wat iaitu kayuh basikal. Seramai lebih kurang 15 orang (kalau tak silap) dari opis aku yang join. Perjalanan kayuh basikal ni lebih kurang 33km. Mula dari Taman Botani, pastu lalu taman-taman yang lain, sehingga tamat kat Taman Botani jugak. Fuuhhh, kira jauh jugak tuuu, tengang urat-urat satu badan ni. Kulit muka ni takyah cakap la, memang burn habis, lengan ni pun dah berbelang-belang dah. Mana tak nye, tengah-tengah hari pun masih kayuh basikal lagi. Tapi tak kira apa pun jadi kat badan ni, yang penting memang enjoy sangat-sangat.
 
 
awal pagi dah berkumpul. memang tak sabar dah time ni nak mula kayuh.  

penganjur pun tak sampai lagi time ni, punya la excited.
  
basikal dah dapat. siap ada no plat lagi. sponsored by KBS.

basikal dah dapat, get ready nak kayuh je time ni. tapi sebelum tu, kene la pam apa yang patut.

tiba di perhentian pertama. amik nafas panjang-panjang. jauh lagi niiii.

Minggu Kedua

Sabtu, 14 Mei, Bagan Lalang. Minggu kedua ni ada family day, opis aku yang buat. Hanya untuk sektor OG Aras 1 je. Family day ni idea En. Syahmi, beliau kata sempena penganugerahan APC, so beliau nak belanja la anak-anak buah beliau ni. Alhamdulillah, TQ bossss! Hehehehehe. Untuk breakfast, sendirian berhad je, tapi secara port-luck la. Aku pun turut la menyumbang bihun goreng satu bekas, kikikikiki. Sementara tu ade gak buat bbq ayam, ikan dan sotong. Nyummyyyy. Walaupun family day ni santai gila, tak formal langsung, tapi dengan kehadiran keluarga dan pasangan masing-masing, dan jugak komitmen yang diberikan, family day ni memang betol-betol berjaya la. Sempoooiiiii habis!


kumpul-kumpul dulu sebab kitorang gerak secara konvoi.
 
bekerjasama nak pasang khemah. gud boyyss.

anak-anak gadis di dapur. =)

alolololo..tolong cik abg ye mal, sooooo sweet.

main baling-baling telur.

Minggu Ketiga

Sabtu, 21 Mei, Sg. Lepoh Hulu Langat. Family day lagiiiiiiiiiiiii. Hehehehe. Ok, family day kali ni untuk keseluruhan Sektor OG Aras 1 dan Aras 7. Yang ni agak formal sikit la sebab ada big bos dan jugak ramai pegawai-pegawai. Segan beb nak kepoh-kepoh, I tak biasa youuuuu. Kuang kuang kuang. Ramai pegawai pun tetap meriah dengan kehadiran mat-mat dan minah-minah kepoh yang ada kat sektor OG ni. Cuma tak sangka, dalam kami berseronok-seronok, rupanya ada tanah runtuh kat rumah anak yatim. 16 orang terkorban. Ingatkan bomba-bomba yang kami selisih tu nak padamkan kebakaran, kejadian lagi dasyat rupanya. Ermmm, ajal maut di tangan tuhan, Al-fatihah untuk mangsa-mangsa yang terkorban.


lepas pendaftaran, ada senam erobik. pastu terus ke cabutan bertuah.

wanita-wanita kumpulan 4 (krong2 kreng) hahahaha.

sabar ye cik-cik abg, belum mula lagi.

lepas dah peluh-peluh, kena la mandi pulak. bessttt!

mau pulang sudaaaaaaaaa.

Minggu Keempat

Minggu ni biasa-biasa je, takde la aktiviti yang extreme. Hari jumaat macam biasa bila dah hujung bulan, kena la balik jenguk mak ayah dan adik beradik kat kampung tu. Hari sabtu pun macam tu jugak, aktiviti di rumah dan menghabiskan masa melayan anak buah yang sangat gedik. Miss youuuu weewee. Malam tu pulak sepupu mak datang memeriahkan rumah tu. Meriah jugak sebab dua tahun sekali baru diorang datang. Hihihihihi. Hari ahad dah kena balik Putrajaya sebab Isnin nak kena kerja macam biasa. Lepas makan kenduri kat rumah kawan along kat Bangi, terus rushing pergi ambil ehem-ehem kat Kajang. Minggu ni sebenarnya kat Putrajaya padat ngan aktiviti iaitu sempena Himpunan Sejuta Belia 2011. Memang sesak jugak la walaupun panas sangat time tu. Tapi haruslaaa pergi. Yeaaaa!!

- Sabtu -


sampai kat rumah je terus terkam anak buah, my weewee.

lepaking. oppsss, ayah seksi la pulak.

dayana sayang arissa. pinjam jap yo anak angah syidah ni.

tetamu-tetamu sedang menjamu selera.

yang ni VVIP, kena makan atas meja. hehehe.


- Ahad -
  

tandatangan menunjukkan sokongan. macam artis la pulak. hahahaha

tabik springggggg!


dengan abang-abang polis.

dapat posing kat moto besar ni jadi laaaaaa.
 
Hahahahahahaha. Memang puas aku berjalan dalam bulan lima ni. Kalau tiap-tiap bulan macam ni, makan megi la tiap-tiap hari jawabnye, hihihihihi. Tengkiuuuuuu so much pada sape-sape yang dah menceriakan hari-hari aku sepanjang bulan ni. Syyyooookkkkk bangatt!