30 Mar 2011

Perfect Nightmare

My heart says.......
Sometimes we fight
Sometimes I cry
Why don't I
Just tell him goodbye
Sometimes I should
But sometimes I don't
Build up the strength to
Say that it's wrong
Sometimes I hate
Sometimes I love
Sometimes I hurt
Sometimes I don't
Sometimes I wait
For him to change
But it's okay
I've disguised the pain
And I don't ever wanna leave him alone
They say i'm brainwashed but i'm in love
With this man
Yeah

Keep telling myself that it's not worth it
I already know I don't deserve it
But if it's from you I don't mind hurting
This is my perfect nightmare
So when will I wake up and scream
No way (7x)
But if it's from you I don't mind hurting
This is my perfect nightmare
Perfect nightmare

Sometimes I keep my cool
Sometimes I let him know
Sometimes I even pack my bags to walk out the door
Sometimes I feel safe
Sometimes I really don't
Sometimes I promise that i'm ready to let him go
But I don't ever wanna leave him alone
They say i'm brainwashed but i'm in love
With this man

Ohh ohhh

Keep telling myself that it's not worth it
I already know I don't deserve it
But if it's from you I don't mind hurting
This is my perfect nightmare
So when will I wake up and scream
No way (7x)
But if it's from you I don't mind hurting
This is my perfect nightmare
Perfect nightmare

Hoping he's changing
But i'm scared he's not
Can't see a way to leave
Help me open my eyes

Keep telling myself that it's not worth it
I already know I don't deserve it
But if it's from you I don't mind hurting
This is my perfect nightmare
Perfect

Keep telling myself that it's not worth it
I already know I don't deserve it
But if it's from you I don't mind hurting
This is my perfect nightmare
So when will I wake up and scream
No way (7x)
But if it's from you I don't mind hurting
This is my perfect nightmare
Perfect nightmare
No way (7x)
But if it's from you I don't mind hurting
This is my perfect nightmare
Perfect nightmare, Perfect nightmare

- Shontelle -



p/s : helpppp..helpppppp...helllpppppppppppp.... ;p

22 Mar 2011

Egokah?

Ape sebenarnye EGO ni ea?

Kebanyakan orang paham orang yang EGO ni orang yang sombong, taknak mengalah, dan juga memikirkan diri die lebih baik dari orang lain. Betol ke? Cane EGO tu sebenarnya?

Aku penah baca, EGO tu ibarat macam perisai yang dah tertanam kat dalam diri untuk melindungi kita dari dunia luar. EGO muncul dalam banyak cara tau. Meh sini aku kongsi =))

Mementingkan diri sendiri, keluarga dan kroni-kroninya, itu adalah EGO
Apabila sedang malu dan tidak mahu bercakap dengan orang lain, itu adalah EGO
Apabila takut dengan tanggapan orang terhadap diri sendiri, itu adalah EGO
Mengkritik diri dan menolak untuk terima pujian, itu adalah EGO
Tidak mempercayai orang² yang penah mengkhianatinya, itu adalah EGO
Memikirkan apa yang dilakukan adalah sempurna dan berjuang untuk kesempurnaan itu, itu adalah EGO
Hidup dalam zon yang selesa kerana takut gagal, itu adalah EGO
Menyerahkan segala-galanya pada takdir, itu adalah EGO
Tidak mahu berfikir, itu adalah EGO
Berserah pada takdir, itu adalah EGO
Menyekat diri dari menerima tanggungjawab, itu adalah EGO
Tidak memaafkan kerana berasa puas dengan kemarahan, itu adalah EGO
Memilih untuk tersinggung dengan apa yang orang lain katakan atau lakukan, itu adalah EGO
Tidak mahu berubah dari kesilapan masa silam, itu adalah EGO
Mahu menguasai segalanya, itu adalah EGO
Memikirkan tiada siapa yang boleh buat lebih baik dari diri sendiri, itu adalah EGO
Tidak berupaya untuk mengaku pertolongan orang lain, itu adalah EGO
Memperlihatkan semuanya dalam keadaan sempurna walaupun hakikatnya tidak, itu adalah EGO
Pengorbanan adalah EGO, Kebanggaan adalah EGO.

Haaa, yang ni beberapa contoh EGO. Dalam kehidupan kita sehari-hari pun ada banyak contoh lain dalam banyak aspek. Kita semua selesa dengan EGO masing². EGO adalah naluri manusia. Dalam dunia ni semua perkara ada baik dan buruknya, macam tu la jugak EGO. So sebagai manusia yang banyak melakukan kesilapan, kurang-kurangkan la EGO yang akan membawa masalah kat diri sendiri tu dan tak lupa selalu² la muhasabah diri, penting tuu. Peringatan ni pun untuk diri sendiri jugak, huahuahua!!




antara dua orang ni kan, agak² sape lagi EGO ea? ;p




p/s : yang laki tu kot paling ego..wakakakakakaka

8 Mar 2011

oh keretaku!



ini harta saya.
kereta keluaran Perodua, Viva Elite.
harta pertama saya semenjak merasa gaji sendiri.
dimiliki pada Julai 2009, dah 1 tahun 8 bulan.
harta saya diberi nama memey da bamboo.
bukan sebab memey si pelakon tu. ceyt! tak minat dia.
nama memey diberi sempena nama abg kat opis lama tu. hehe!
tema colour untuk memey  saya pilih calour  putih, hitam dan silver.
body memey colour putih, dan ditampal ngan sticker bamboo.
sebab tu nama memey da bamboo.
spoiler ada, semestinya colour hitam.
tayar standard je, tak mampu nak tukar lagi.
kat bahagian tayar sebelah kiri ada kesan calar sebab excited nak keluar parking.
almaklumla, baru pakai kereta seminggu.
kat bumper belakang pun ada kesan calar
tu mesti sebab orang lain yang nak keluar parking.
what goes around, comes around. hehe!
kat bumper depan, ada kesan pecah, sebab langgar anjing.
kat radio plak, ada kesan umpil, ada orang nak curi.
haihh, kesian kat memey.
tapi adat la kan, dah pakai kereta, mesti la ada macam-macam parut.


memey ni ada sentimental value.
kalau tengok lama-lama pun boleh keluar air mata.
ada 1001 sebab. huh, banyak betol sebab!
hampir separuh dari gaji abis untuk bayar memey.
almaklumla, gaji cukup-cukup makan je.
susah senang semuanya dengan memey ni.
banyak kenangan pahit dan manis. semua rasa ada.
yang cantikkan memey ni semua ilham dari si dia.
dan saya akan menyokong segala ilham tersebut.
sticker bamboo tu buat kat melaka, jauh tu.
masing-masing memang sepakat nak letak sticker tu.
sangat manis perasaan tersebut.
dulu, dia lah yang ambil berat.
dulu, dia yang menjaga dari semua sudut.
dari segi kecantikan, kekemasan dan jugak maintenance.
mewah betul hidup memey dulu.
eh, senang betul hidup saya. betul-betul lepas tangan.
tapi sekarang semuanya buat sendiri.
semuanya diserahkan kat abg-abg yang kerja kat servis Perodua tu.
entah betul ke tak diorang servis, redha jela.
siapa suruh jahil pasal kereta walaupun dah di ajar banyak kali. huhu!
padan muka!
tapi bagus, untuk mendorong saya berdikari. syabbass!
oh, tak lupa pada encik boypren. beliau pun jaga gak memey.
tak lupe, tak lupe. dia mesti jaga jugak. heee!


syukur pada Tuhan saya memiliki harta ni.
harta yang saya takkan sia-siakan.
harta yang saya akan jaga selagi nyawa dikandung badan. ecece!
kadang-kadang terasa nak melepaskan memey.
tapi rasanya tidak, tidak sama sekali. InsyaAllah.
last but not least,
Mama Sayang Sangat Memey!!



p/s : hargailah harta anda selagi ada. =)

7 Mar 2011

sepetang dengan encik boypren


Hari ahad bermaksud hari untuk bermalas-malasan tahap maksimum sebab esoknye akan mule bekerje. selalunye hari-hari cuti ni kalau tak balik kampung, mesti dating ngan encik boyfren. kalau hari cuti duduk kat rumah, alamatnye tak sampai setengah jam bakal diserang virus bosan. tapi disebabkan asik keluar je, dah tak tau kemane lagi untuk berdating. dan disebabkan sekarang kami dalam proses penjimatan wang perbelanjaan, so kene la kurangkan aktivit berdating kat tempat-tempat yang boleh menyebabkan pembaziran wang berlaku macam alamanda tu. kalau dah masuk situ, ade je barang yang nak beli, kalau tak membeli kang rase macam tak puas ati je. haaaaa, nafsu kan? last-last, dataran putrajaya jugak menjadi pilihan. hehe!

Disebabkan kami adalah pasangan yang kuat mentekedarah, sebelum lepak-lepak and dating-dating tu, kene la pegi beli bekalan makanan untuk disajikan kat perot-perot kitorang nanti. takat lepak je tapi takde pe yang boleh menguyah, tu boleh mengundang kebosanan!!





makanan yg encik boyfren belikan
rojak buah, cendawan goreng, pisang goreng

encik boyfren tengah makan dengan penuh adab dan perasaan. anak sapa la ni? ;p

walaupun tak sesedap mane, telan jugak pisang goreng ni!


p/s : kalau hari-hari dating, agak-agak bosan tak? ;p

1 Mar 2011

br0ga²!!

fuhhhh, tanggal 27.2.2011 (ahad) akhirnye sampai gak kat bukit broga, semenyih setelah seminggu tertunggu² nak mendaki bukit. Excited sangat sebab ramai membe² dah takluk bukit tu. takkan kite nak dengar cite je kot, mestila nak merase kannnn..hehe

alkisahnye bile bebudak opis BK, JPA wat plan nak daki bukit broga, mule² tu tanak pegi sebab nak balik kampung, ujung bulan katekan. kene la pulang ke kampung jenguk² family. tapi sebenarnye nak jumpe anak buah, rindu sangat kat dayana. last² bagi name la jugak sebab nak sangat pegi sampai sanggup tido sehari je kat kampung. sebaik mak ayah benarkan. yahooooo!!! haaaa..j0m layan pendakian br0ga..

Ahad, 27.2.2010, pukul 4.00 pagi berkumpul kat depan maybank JPA, kompleks C. punyela awal bangun sebab nak wat sandwich untuk dijadikan bekalan kat atas bukit tu nanti. tapi sebenarnye tak tido pon, gayut² dalam tipon sampai tak sedar dah pukul 3 pagi, tu pun kalau boleh nak sambung gosip² lagi. hahaha!! haaaa, berbalik pasal broga, tepat jam 4.30 pagi kami pun gerak la ke bukit broga secara beramai², ade la dalam 7 buah kete. sampai je kat petronas semenyih, tambah lagi sebijik lagi kete. 


 

Time ni tengah tunggu fikri sampai, kene la amik gambar untuk tatapan mase akan datang. total sume yang pegi ade la dalam 20 orang. termasuklah housemate aku sorang ni, rosha. aku angkut die pegi skali join aktiviti bahagian aku ni. elok untuk buang lelemak die yang dah makin tepu tu. haha! tepat jam 5.30 pagi kami start mendaki, barang keperluan seperti torchlight sangat la penting, sebab memang gelap sangat. kene lalu kat kawasan kebun kelapa sawit, tapi alhamdulillah, takde haiwan sondol² kuar pagi tu. takot gak kan.




sesampainye kat tempat persinggahan pertama. rehat jap, penat kot. kene la amam² jap tambah tenage. j0m daki lagi!

 


yahooooo!!! pukul 6.30 pagi, sampai kat tempat persinggahan ke-2. pic tak clear sangat, almaklum jela, camera mahal sangat. huahuahua! kat sini lame sket sebab nak tunggu matahari naik. moh kite enjoy gambar² kat bawah ni.



 






7.50 pagi, matahari terbit. Subhanallah..memang cantik...

 

akhirnye sampai gak kt puncak ke-3. puncak ke-4 masih belum tawan. beberape orang je yang sempat naek puncak ke-4 tu. haishh, rugi²..

 

8.20 pagi kami siap² nak turun dah. dalam ramai gadis² yang pegi, kak nisa sorang je yang berani menggelongsor turun bukit tu. hahahaha!! brani woo die..



kat depan kaki bukit broga tu ade rabbit land. rm5 sekali masuk. kalau nak merase satay arnab, kat rabbit land ni memang ade. bukan takat arnab je ade, kuda, monyet, rusa, lembu and kambing pun ade skali.






aktiviti terakhir, mandi² kat air terjun tekala. sampai je kat sane, nak kene daki bukit lagi sebab nak cari port² yang best untuk berendam. perrghhh, air die memang sejuk tahap gaban la. termenung dulu before nak beremdam. hish!!


haa..ni la aktiviti ujung minggu ari tu. seronok memang seronok. kalau nak ikutkan daki bukit broga ni boleh dijadikan aktiviti bulanan. memang sesuai untuk sape² nak buang lelemak yang dah berlebihan kat dalam badan tu. hehehe!!



p/s : sampai je kat umah, terus membungkang sampai ke malam..penat gile, tak tido semalaman la katekan..hehehe