20 Feb 2012

Kursus Ala-Ala Lagu Anuar Zain gituu.

Lokasi kejadian : Puteri Resort, Ayer Keroh, Melaka.

Jom layan gambar.....
Macam lagu Anuar Zain kan kan kan? Heeeeee...

Keadaan dalam bilik sebelum tukang sepah buat keje menyepah die.

Pemandangan luar bilik tak bape nak best, sebab ngadap ke hutan. 

Bengang gile sebab tak sempat mandi pool, tido punye pasal.

My roommate, Adik Farahin.

Harusss harussssss..

Gambar yang kat bawah ni pulak aktiviti-aktiviti sepanjang empat hari berkursus...





























Part yang ni paling best, makan! Pehh, 6x sehari kauuuuu. Memang tak mampu nak tahan godaan lauk-lauk kat sane. Memang mabelessssss!! 







Gambar yang terakhir setelah tamat kursus......


Secara keseluruhan kursus ni memang best la, penceramah best, urusetia pun best. Cuma sorang je penceramah macam boring sikit, tapi suara dia taknak kuat pulak kan. Tak padan ngan kecik. Hadoiiii.  Bila dah buat aktiviti, terus dia jadi best. Boleh pulak kan?? Kekekeke. Tempat lak memang puas hati, walaupun aircond die kedek nak mamposs, panas sikit laa. Tapi ape de hal, resort gak kan? Hahahahaha, sebab tu aku suka apply kursus awal-awal tahun sebab duit jabatan banyak lagi (ehh, betul ke?). Manjang buat kat hotel jela awal-awal ni, best woooo. Untunngggg kannnn?? Lepas ni nak tunggu kursus kat Cherating pulak, baru la berkursus sambil bercuti namanya. Lalalalalalalala~

13 Feb 2012

Dup dap dup dap! Nebes jumpa Mak dia.

Tengahari, Sabtu, 11 Februari 2012.

Dua minggu sebelum tu boyfren dah bagitau yang Mak dia dari Kedah nak mai turun kat sini sebab nak celebrate birthday cucu dia kat Selayang. First time la kot dia ajak aku jumpa Mak dia secara rasmi. Dia bagitau awal sebab nak suruh aku ready dari segi mental dan fizikal. Haha. Tapi aku relax je kot. Lalalalalalala~

Hari yang dinanti datang jugak akhirnya, tapi ada sikit perubahan rancangan. Sebelum nak jumpa Mak dia, kene la tengok keadaan Ateh kat Sekolah Menengah Sains Seri Puteri (SESERI) Kuala Lumpur. Baru je seminggu lebih dia kat situ, dah nangis-nangis mintak balik ngan Ayah. Senang cerita nak tukar sekolah la tuu, tanak duduk asrama dah, tak tahan katanya. Mula-mula ritu kitorang adik beradik malas nak layan, tapi bila dah bagi nasihat haritu memang dia nak keluar jugak asrama. Maybe jiwa dia memang tak berkenan ngan keadaan kat sekolah tu. Isk isk isk.


Punyala nak bagi semangat, Ayah suruh Pakcu datang bawak sekali anak dia yang sulung tu. Kaklong ngan Ateh memang rapat, kira macam nak bagi semangat la kat Ateh. Tapi, dengan Kaklong tu yang nangis sebab kesian sangat tengok Ateh. Huhuhuhu. Yang paling kanan sekali tu Along Hudd, drama je lebih tuu. Ceytt! Pakcik yang berdiri (pakai spec) kat atas ni pun tengah luah perasaan jugak sebab anak dia pun nak keluar asrama. Adoiiii! Ateh ada geng! Hehehehe. 

Dan akhirnya Ayah ngan Mak terpaksa la akur ngan keputusan Ateh yang dah tanak sekolah situ. Sekarang ni yang Ateh boleh buat hanyalah bersabar sebab Cikgu Kaunseling kena kaunseling habis-habisan dulu sebelum dia keluarkan surat berenti sekolah. Huhuhu! Gudluck Ateh.

Malam, Sabtu, 11 Februari 2012.

Okay, pukul 5 lebih kitorang gerak tinggalkan Ateh kat SESERI. Yang lain balik Kuala Pilah, aku pulak ke Selayang. Haaaa, time ni aku tak nebes langsung, perjalanan jauh lagi kann.

Masuk taman perumahan rumah kakak dia, time ni laa yang aku nebes gila-gila. Tapi kejap jelaa, aku pun tak tau cane boleh tak nebes. Selalunya mende-mende macam ni la yang buat aku menggelabah.

Ok, dah sampai! Eh eh, Mak dia tengah tunggu kat luar pagar sambil dukung cucu kesayangan. Dengan penuh sopan santun aku pergi la salam sape-sape yang berkenaan tu. Keadaan masih terkawal lagi setakat ni.

Walaupun aku tetamu malam tu tapi kene la jugak tolong apa yang patut. Emm emmm, tiup belon je punnn. Tengah semangat tiup belon ada lak sorang budak nakal ni bantai aku ngan belon-belon yang dah ditiup tu. Amboiiii, geram je aku ngan budak tu. Eh ehh, sabarrr. Dah nama pun budak-budak.

Bila boyfren aku pergi solat, time tu la kena tanya macam-macam. 'Anak nombor berapa, adik beradik berapa orang, bla bla bla'. Hehehehehe. Aku tak kesah, sekurang-kurangnya nampak usaha orang nak kenal kita kan? Masa tengak mekap-mekap dalam bilik pun aku ada gak borak ngan Mak dia, cerita pasal apa ntah. Borak kosong je. Pasal keje, pasal jubah, pasal perfume Mekah yang Mak dia bagi sebelum ni. Terer tak? Kekekekeke

Oh ohh, baru teringat sebelum sampai rumah akak dia aku dah warning awal-awal, jangan tinggalkan aku sorang-sorang terkontang kanting. Walaupun mula-mula tu dia cakap aku kena belajar sesuaikan diri, tapi dia takde pun tinggalkan aku. Aku duduk je depan tv, dia yang amikkan makanan sume. Hahaha. Terharuuuuu~


Kat atas ni la birthday boy, genap umur setahun kot. Tapi celebrate lewat sehari sebab jatuh hari kerja. Comel kan kan kan? Ngan semua orang dia nak, rasa macam nak gigit-gigit je pipi budak neh! Hihihihi. Happy Birthday Haziq!

Nak aku simpulkan disini, sebenarnya aku taklah nebes sangat. Mungkin sebab aku dah jumpa Mak dia sebelum ni secara tak langsung ditambah pulak dengan pengalaman terdahulu. Kira belajar dari pengalaman la ni. Eceyhh! Papepun memang enjoy laa!

3 Feb 2012

Alhamdulillah, kembali berhijab.


Start aku berhijab masa umur aku 12 tahun, yakni ketika Tingkatan Satu (1). Walaupun masa tu tak baligh lagi, tapi reti pulak nak menjaga yang wajib ditutup tu kan? Selekeh tu takyah cakap laa, memang takleh nak dinafikan lagi. Aku berjaya kekalkan imej berhijab sampai la aku dapat masuk belajar kat Politeknik Port Dickson.

Semester Satu (1) imej masih sama. Duduk asrama la katakan, mestila kene nerd sikit. Dari aku sekolah menengah dulu memang aku tak suka duduk asrama, bila dah masuk Semester Dua (2) memang tak hingin la nak stay kat asrama kan. So aku decide nak duduk menyewa ngan kawan-kawan kat taman perumahan depan Politeknik tu. 

Aku, Kak Eera ngan Seha duduk serumah kat Lorong Empat  (4) Taman Poli. Haaa, masa ni la terasa duniaa anaa yang punyaaa! Yelaa, Mak Ayah duduk jauh, memang takde sape la nak monitor kann. Dah dapat duit PTPTN, terus rebonding rambut tuu. Pehh, zaman aku belajar dulu buat rebonding sampai setengah hari, punyelaa lama nak siap. Tapi takdehal, asal rambut cantik. Budak baru nak tengok dunia, dah set rambut mahal-mahal, hade die nak berhijab lagi?? Okay, setan dah mula beranak pinak dalam hati dan dalam hotak. Melayang dah hijab wehh! Boleng kepala dah.

Nak kata masa tu takleh pikir baik buruk, memang tipu laa. Darah tengah mendidih, mana la heran semua tu. Iskk, memang rosak la pemikiran macam tu. Mak Ayah memang bising la, tapi nak buat macam mana kan, kalau dah degil tuu, degil jugak. Tapi masa pergi intebiu, pandai pulak kau nak berhijab kan? Yelaa, lagi berkat kot? Hahaha, macam haremmmm je.

Dah dapat keje TNB pun takde hijab jugak. Nak-nak pulak boyfriend masa tu tak aku berhijab ke tak. Ayat standard "lepas kawen nanti baru pakai tudung". Lapan (8) bulan je kat sana, aku sekarang dah jadi kakitangan kerajaan. Majoriti kat opis aku berhijab, tapi hade aku kesah? Tetap mengeringkan hati sebab ada je yang sespesis ngan aku.

Tahun lepas, 2010 aku tengok ramai kawan aku macam Kak Eera ngan Ieda dah berhijab. Alhamdulillah. Tapi aku masih sama, takde rasa nak berubah pun. Sampailah raya tahun lepas, aku tak tau dari mana datang perasaan tu. Aku teringin sangat sangat nak tutup rambut ni. Hati ni macam 50-50 jelaa. Lama gila aku pikir, sebab aku tanak hangat-hangat tahik hanjing jee. Kang dah elok pakai, nak bukak balik. 

Sebenarnya berhijab ni kau takyah nak pikir pun sebenarnya, takleh nak 50-50 pun. Dah nama pun WAJIB tutup aurat kan. Setelah puas gadoh serta memaki hamun setan-setan dalam diri ni akhirnya aku buat keputusan yang aku akan berhijab setelah umur aku 24 tahun. So aku ada masa beberapa bulan lagi nak huhahuha <---- akal masih pendek. 

Tanggal 15 Januari 2012, genap umur aku 24 tahun. Alhamdulillah aku masih diberi peluang untuk melakukan perubahan. Aku kembali berhijab! Aku bersyukur sangat-sangat bila dengan perubahan kecil aku ni hati Mak, Ayah, Ex-Boyfriend, Boyfriend sejuk je tengok aku. Erkk, sebenarnya bakal mak mertua pun suruh aku bertudung! Sebaik boyfriend bagitau lepas aku dah berhijab, takdela aku nak berubah sebab orang suruh. Hmmm, kira satu bonus la tu kann? Hehehehe.

Walau macam mana pun, aku masih seorang manusia biasa yang tak sempurna, insan lemah yang masih melakukan kesilapan dan masih perlu banyak mencari ilmu.

Aku berharap dengan perubahan kecil ni membawa keberkatan dalam hidup aku. Aminnnnn. (",)

Emm emm, aku yang terkini. Errkk, bambam!





2 Feb 2012

Haiiiii Belog Saye!

Kepada Belog Saye,

Dah tujuh (7) bulan aku tak pernah update satu apa pun kat belog ni..

Macam-macam jadi sampai tak sempat nak bercerita dalam ni.. Hanya sempat merapu dalam Facebook dan Twitter sahaja..

Walaupun aku bukanlah seorang artis,, tetapi aku tetap ingin menulis apa yang jadi sepanjang hidup sebab aku adalah seorang yang sangat pelupa akan cerita-cerita silam. Oleh itu,, haruslah aku mencatat apa yang terjadi agar aku boleh membaca kembali kisah-kisah diri di zaman pramatang..

Aku amat berterima kasih pada yang sudi membaca dan amat menghargai segala kutukan dan makian serta cacian yang diberikan.. Aku juga amat memerlukan bimbingan dan ilmu yang baru untuk aku terus menjadi yang lebih baik..

Akhir kata,, selamat menjadi catatan peribadi aku kembali!

p/s : Harini hari lahir Mak yang ke-52. Happy Birthday Mak! Love you!
                                                                                                         
                                                                                              Yang benar,,
                                                                                                        Tuan Punye Belog (",)