19 Apr 2011

Putrajaya.....


Santeknye Keindahan Tuhan..

Yup, aku mengaku Putrajaya adalah tempat yang menarik. Tempat yang ada segala-galanya untuk menenangkan fikiran. Nak karaoke, pergi je kat Alamanda. Nak mentekedarah, pergi la warisan kalau taknak jauh-jauh. Nak bergambar sakan, haa macam-macam tempat boleh pergi.

Tapi, aku tak suka Putrajaya. Lebih senang, tak suka tinggal di Putrajaya walaupun tempat ni segala-galanya ada bagi aku. Aku ada kerja, rumah, gaji tiap-tiap bulan dan boyfriend. Semua tu dapat bila ada kat Putrajaya ni. So, nak apa lagi? Apa-apa pun, kene la bersyukur, Alhamdulillah.

Dari Bangsar ke Putrajaya, dari TNB ke JPA, dari Setiausaha ke Pembantu Tadbir. Dulu punya la beriya-iya nak blah dari TNB, tak suka kerja kat situ. Tapi bukan sebab tekanan kerja, sebab perangai bos yang macam hareeeemm tu. Tak penah ada bos macam tu gaya. Isk2, mintak simpang la jumpa orang macam tu lagi.

Kalau boleh ulang masa, nak je ulang masa aku resign TNB dulu, takkan aku hantar surat resign 24 jam tu. Terus buang dalam tong sampah je. Lagi sanggup kena ayam-ayamkan dengan bos aku dulu, sanggup jugak teruskan kerja walaupun gaji ciput. Kalau tau kehidupan macam ni kat Putrajaya, takkan sesekali aku berhijrah. Takkan aku relakan. Banyak sangat pengorbanan yang kena korban dengan penghijrahan yang aku pilih sendiri.

Kalau tak berhijrah ke Putrajaya ni, aku takkan rapat ngan kau, aku takkan buat perkara yang salah, aku takkan membenci kau, dan yang lebih penting, aku takkan tau perangai kau yang sebenarnya. Kalau tak berhijrah, aku dah kahwin dengan dia, aku dah berbahgia dengan dia, aku dah ada anak dengan dia. Kalau tak berhijrah, aku tak perlu susah-susah nak jaga orang, dan orang pun tak perlu susah-susah jaga aku. Kalau tak berhijrah aku takkan kenal kawan-kawan baru, sebab kawan-kawan lama dah cukup. Kalau tak berhijrah, masalah macam sekarang ni takkan timbul. Kalau la tak berhijrah.......macam-macam boleh diselamatkan. Aisehhhh.

Tapi, bising-bising pun, dah 2 tahun la kat sini. At the end, aku sedar gak. Tak patut nak salahkan Putrajaya, bukan salah kerja, bukan salah orang lain. Semua jadi atas kehendak aku sendiri. Tak semua yang tak best kat sini, ada jugak yang best, cuma aku taknak admit je benda tu. Egokah? Hahahaha. Tiap-tiap hari bila bangun pagi, kena set kan otak ni supaya menerima segala takdir yang ditentukan oleh-Nya dan berusaha menjadi seorang  yang lebih baik dari yang sebelumnya. Pengalaman mengajar segalanya...

Untuk keluarga tersayang, terima kasih kerana sentiasa berada di sisi ketika memerlukan. Untuk Ku Mohd Syahfiq, thank you for being my lover and sorry for everything. Saya hanya manusia biasa...


p/s : Siapa lagi yang boleh memotivasikan diri sendiri melainkan empunya badan, betul tak??

12 Apr 2011

Hukum² Kahwin



Kawen oh kawen..

Teringat time skola, bile ustazah mengajar bab PERKAHWINAN memang majoriti bebudak kelas idup dan bernyawe. mungkin tajuk ni memang sangat menarik untuk didengar termasukla aku. syokkk woooo bab2 kawen ni. hehehehe. tapi bile dah besar, tajuk kawen ni boleh menyebabkan tekanan pada seseorang. Pelik kan?

Kat bawah ni merupakan hukum-hukum bagi sesebuah perkahwinan. Saja nak refresh apa yang ustazah pernah ajar dulu. hehehe. =))


Perkahwinan yang WAJIB.
    Orang yang diwajibkan berkahwin ialah orang yang mempunyai nafsu yang kuat sehingga membolehkan beliau jatuh ke lembah maksiat (zina dan sebagainya) sedangkan ia seorang yang mampu. Mampu bermaksud ia mampu untuk membayar mas kahwin dan mampu memberi nafkah kepada bakal isterinya. Dalam kategori ini, perkahwinan boleh didahulukan dari naik haji kerana risau penziaan akan berlaku. Tetapi jika dapat mengawal nafsu, maka ibadat haji yang wajib perlu didahulukan kerana beliau seorang yang berkemampuan dalam segala aspek.   
Perkahwinan yang SUNAT
    Orang yang disunatkan berkahwin ialah orang yang mempunyai kesanggupan untuk berkahwin dan berkemampuan serta dapat mengawal nafsunya daripada melakukan perbuatan zina.
Perkahwinan yang HARUS
    Orang yang harus berkahwin ialah orang yang tidak ada padanya galakan dan bantahan untuk berkahwin dan ini merupakan hukum asal perkahwinan.
Perkahwinan yang HARAM
    Orang yang diharamkan berkahwin ialah orang yang tidak berkemampuan untuk memberi nafkah zahir dan batin dan ia sendiri tidak berkuasa (lemah), tidak mempunyai keinginan untuk berkahwin serta dikuatiri akan menganiaya isteri jika berkahwin.
Perkahwinan yang MAKRUH
    Orang yang makruh hukumnya berkahwin ialah orang yang tidak mempunyai kesanggupan untuk berkahwin (dibolehkan melakukan perkahwinan) tetapi ia dikhuatiri tidak dapat mencapai tujuan perkahwinan.Oleh itu dianjurkan sebaliknya ia tidak melakukan perkahwinan.

4 Apr 2011

Menyesal???

: Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna :

Yang ni memang aku setuju 101% sebab kalau satu-satu perkara tu dah jadi, nak menyesal pun takde la gunanya even korang keluar air mata darah sekali pun. Sebab tu la kalau nak buat sesuatu perkara, tolong la fikir semasak-masaknya. So that, you won't regret your decisions.

Ikutkan perangai aku ni, tak suka nak nasihat-nasihat orang sebab aku pun tak suka dengar nasihat orang. Sebab kebanyakan nya semua bagi nasihat TAK SERUPA BIKIN. Hehehehe. Tapi aku takla degil sangat sampai tak dengar nasihat, kalau aku rasa apa yang diorang nasihat tu betol, aku follow jugak. Baek kan??

Tapi tu dulu la, pemikiran budak-budak yang tak matang lagi. Sekarang pun budak jugak lagi tapi alhamdulillah dah boleh fikir mana baik dan buruknya walaupun kadang-kadang memang tak sedar diri asik nak wat yang buruk je. Huahuahua! Ok ye adik-adik, kalau orang dewasa bagi nasihat tu tolong la dengar ok. Sebab diorang dah merasa hidup ni lebih dari kita. Maksudnya diorang banyak experience la, termasuk la aku ni. Walaupun pengalaman aku ciput je nak dibandingkan dengan orang lain, tapi kesan keputusan yang aku ambil tu sampai sekarang masih terasa lagi nok.

Nasihat ni khas untuk orang yang sedang bercinta. Tolong jangan sia-siakan orang yang sayang korang lebih dari korang sayang dia. Sekarang memang la rasa biasa-biasa je sebab korang tau dia sayang korang lebih kan, cuba tiba-tiba orang tu blah dari hidup korang. Confirm korang gila meroyan (untuk korang yang masih takde pengganti). Untuk korang-korang yang lepas break ngan bekas kekasih terus ada pengganti, memang korang takkan rasa gila meroyan tu, cuma rasa bersalah sebab meninggalkan orang yang sayang korang. Rasa bersalah tu la yang wat korang jadi gila meroyan even korang sedang berbahagia dengan kekasih baru. Biasa la adat bercinta, macam-macam dugaan yang kita akan hadapi kan. Cuba bertenang dan cari jalan penyelesaian. Agak-agak dah celaru sangat dan tak nampak jalan penyelesaian, wat je solat istiharah. =)) .

Kalau pasangan korang tu kuat kontrol, bersabarlah selagi mampu. Sebab diorang kontrol tu sebab diorang sayangkan kita. Tapi agak-agak dah melampaui batas, siapa je boleh tahan kan. Lagi-lagi untuk pasangan yang muda, fikir nak enjoy je, mana boleh kena kontrol, tak BEBAS!! Hm2, kesian kat pasangan korang, dia sebenarnya takut korang terlepas kat tangan orang lain, that's why la diorang nak kontrol. Kan sweet tuuuuu.. Tapi, kalau agak-agak dah kontrol gila-gila punya, korang jangan tunggu lama-lama, angkat kaki terus blahhhhhh!! ramai lagi kat luar tu yang baik sedang menanti. kan kannn...

Secara jujurnya, memang aku penah merasa meninggalkan orang yang sayang sangat kat aku. Hanya sebab hati ni dah mula syok kat orang lain, kat orang yang tak sepatutnya, hanya sebab hati ni buta nak mencari kebahagiaan yang lain, yang tak nampak hala tuju. Ceyt!! Benci nak ingat balik. Tapi apakan daya, mungkin Allah saja nak kita jumpa dengan orang yang salah dulu untuk kita terus berjumpa dengan orang yang betul di kemudian hari? Mungkinn.........

Moral of the story, hargai mereka-mereka yang sayang korang sekarang sebab once diorang dah hilang dari hidup korang, nak menyesal pun tak guna dah. Boleh blah ada laaaaa. Zaman sekarang ni Allah bayar cash je youuuuuu, what you give you get back. Dan balasan tu akan lebih kejam bila kita merasa apa yang telah dirasa oleh orang yang kita tinggalkan. Beringat-ingat la korang-korang sekalian, dan peringatan ini khas untuk aku jugak. Hehehe!! Haaa, lagi satu.. Kalau mak ayah bagi nasihat, TOLONG DENGAR OK!


p/s : haaaa..selamat beramal =))