29 Jun 2011

Petua Cari Jodoh

Untuk dikongsi bersama.... ('',)

1. Semua orang Ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ianya berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

2. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

3. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

4. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.

5. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa
merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang
mulakan.

6. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

7. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.

8. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut

9.. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.

10. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. Perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.

11. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.

12. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan

13. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.

14. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan, tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian,pengorbanan dan sebagainya.

15. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengansenyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.

16. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.

17. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.

18. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.
.
19. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.

20. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada
lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.

21. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasanayang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.

22. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.

Haaaa..apa macam? Berguna tak? Hehehehehe.. Sebenarnya petua di aku dapat kat [sini ]. Ada 60  petua semuanya, tapi aku ambil petua-petua yang aku rasa best je untuk tatapan muda mudi sekarang dan peringatan untuk diri sendiri. Agak-agak tengah mencari jodoh, boleh la guna petua-petua kat atas. Selamat mencuba!! (",)










0 ce komen, ce komen kat bawah ni..:

Post a Comment