28 Jun 2011

3 minggu yang serabut..

Gilaaaaaaaaaaaaaa!!!

Haishh, sebaik aku tak gila lagi. Memang tiga minggu ni betul-betul mencabar kerasionalan, kementalan dan kerohanian. Sebab satu je, pasal LELAKI.

Start gila bila boyfriend aku cakap lagi tiga tahun nak kahwin. fuhh, lama tuuuuu. Saja nak uji dia, so aku tarik muka 2 minggu, tak cakap sepatah haram pun ngan dia, barang-barang dia semua aku pulangkan. Hamik kau, nak sangat tunggu lama-lama kan, aku rasa aku takleh nak tunggu. Puas hidup membujang dah kot. Dia je tak sampai-sampai seru lagi. Budak muda, biasalaaa...

Hati dah sayang, nak uji dia konon padahal aku yang teruji tengok muka seposen dia hari-hari kat opis ni. Tapi disebabkan marah sangat, kayukan jela perasaan ni. Sakit takyah cakap la, tiap-tiap malam mengalir je air mata ni. Lemah betul si perempuan.

Makin gila bila minggu ni aku dapat tau kawan yang dah lama aku cari dah kahwin pulak, baru dua bulan lepas. Haiishh, melepas la jawabnya. Takde jodoh..isk isk isk.. Takpela, doakan kebahagian diorang berdua. Peliknya, sedih bila tau dia dah kahwin. Padahal kenagan ngan dia ciput je kot. Hmm, kualiti yang penting, bukan kuantiti. Alamak aiii, nape la abang kahwin cepat sangat bangggg..

Semua yang aku suka dah kahwin, aku je tak kahwin-kahwin lagi. Lambat betul jodoh sampai. Apa-apa pun, tiga minggu yang teruk dah berlalu. Walaupun ada saki baki lagi, redha jelaa. Chow!

0 ce komen, ce komen kat bawah ni..:

Post a Comment