8 Mar 2011

oh keretaku!



ini harta saya.
kereta keluaran Perodua, Viva Elite.
harta pertama saya semenjak merasa gaji sendiri.
dimiliki pada Julai 2009, dah 1 tahun 8 bulan.
harta saya diberi nama memey da bamboo.
bukan sebab memey si pelakon tu. ceyt! tak minat dia.
nama memey diberi sempena nama abg kat opis lama tu. hehe!
tema colour untuk memey  saya pilih calour  putih, hitam dan silver.
body memey colour putih, dan ditampal ngan sticker bamboo.
sebab tu nama memey da bamboo.
spoiler ada, semestinya colour hitam.
tayar standard je, tak mampu nak tukar lagi.
kat bahagian tayar sebelah kiri ada kesan calar sebab excited nak keluar parking.
almaklumla, baru pakai kereta seminggu.
kat bumper belakang pun ada kesan calar
tu mesti sebab orang lain yang nak keluar parking.
what goes around, comes around. hehe!
kat bumper depan, ada kesan pecah, sebab langgar anjing.
kat radio plak, ada kesan umpil, ada orang nak curi.
haihh, kesian kat memey.
tapi adat la kan, dah pakai kereta, mesti la ada macam-macam parut.


memey ni ada sentimental value.
kalau tengok lama-lama pun boleh keluar air mata.
ada 1001 sebab. huh, banyak betol sebab!
hampir separuh dari gaji abis untuk bayar memey.
almaklumla, gaji cukup-cukup makan je.
susah senang semuanya dengan memey ni.
banyak kenangan pahit dan manis. semua rasa ada.
yang cantikkan memey ni semua ilham dari si dia.
dan saya akan menyokong segala ilham tersebut.
sticker bamboo tu buat kat melaka, jauh tu.
masing-masing memang sepakat nak letak sticker tu.
sangat manis perasaan tersebut.
dulu, dia lah yang ambil berat.
dulu, dia yang menjaga dari semua sudut.
dari segi kecantikan, kekemasan dan jugak maintenance.
mewah betul hidup memey dulu.
eh, senang betul hidup saya. betul-betul lepas tangan.
tapi sekarang semuanya buat sendiri.
semuanya diserahkan kat abg-abg yang kerja kat servis Perodua tu.
entah betul ke tak diorang servis, redha jela.
siapa suruh jahil pasal kereta walaupun dah di ajar banyak kali. huhu!
padan muka!
tapi bagus, untuk mendorong saya berdikari. syabbass!
oh, tak lupa pada encik boypren. beliau pun jaga gak memey.
tak lupe, tak lupe. dia mesti jaga jugak. heee!


syukur pada Tuhan saya memiliki harta ni.
harta yang saya takkan sia-siakan.
harta yang saya akan jaga selagi nyawa dikandung badan. ecece!
kadang-kadang terasa nak melepaskan memey.
tapi rasanya tidak, tidak sama sekali. InsyaAllah.
last but not least,
Mama Sayang Sangat Memey!!



p/s : hargailah harta anda selagi ada. =)

0 ce komen, ce komen kat bawah ni..:

Post a Comment