22 Mar 2011

Egokah?

Ape sebenarnye EGO ni ea?

Kebanyakan orang paham orang yang EGO ni orang yang sombong, taknak mengalah, dan juga memikirkan diri die lebih baik dari orang lain. Betol ke? Cane EGO tu sebenarnya?

Aku penah baca, EGO tu ibarat macam perisai yang dah tertanam kat dalam diri untuk melindungi kita dari dunia luar. EGO muncul dalam banyak cara tau. Meh sini aku kongsi =))

Mementingkan diri sendiri, keluarga dan kroni-kroninya, itu adalah EGO
Apabila sedang malu dan tidak mahu bercakap dengan orang lain, itu adalah EGO
Apabila takut dengan tanggapan orang terhadap diri sendiri, itu adalah EGO
Mengkritik diri dan menolak untuk terima pujian, itu adalah EGO
Tidak mempercayai orang² yang penah mengkhianatinya, itu adalah EGO
Memikirkan apa yang dilakukan adalah sempurna dan berjuang untuk kesempurnaan itu, itu adalah EGO
Hidup dalam zon yang selesa kerana takut gagal, itu adalah EGO
Menyerahkan segala-galanya pada takdir, itu adalah EGO
Tidak mahu berfikir, itu adalah EGO
Berserah pada takdir, itu adalah EGO
Menyekat diri dari menerima tanggungjawab, itu adalah EGO
Tidak memaafkan kerana berasa puas dengan kemarahan, itu adalah EGO
Memilih untuk tersinggung dengan apa yang orang lain katakan atau lakukan, itu adalah EGO
Tidak mahu berubah dari kesilapan masa silam, itu adalah EGO
Mahu menguasai segalanya, itu adalah EGO
Memikirkan tiada siapa yang boleh buat lebih baik dari diri sendiri, itu adalah EGO
Tidak berupaya untuk mengaku pertolongan orang lain, itu adalah EGO
Memperlihatkan semuanya dalam keadaan sempurna walaupun hakikatnya tidak, itu adalah EGO
Pengorbanan adalah EGO, Kebanggaan adalah EGO.

Haaa, yang ni beberapa contoh EGO. Dalam kehidupan kita sehari-hari pun ada banyak contoh lain dalam banyak aspek. Kita semua selesa dengan EGO masing². EGO adalah naluri manusia. Dalam dunia ni semua perkara ada baik dan buruknya, macam tu la jugak EGO. So sebagai manusia yang banyak melakukan kesilapan, kurang-kurangkan la EGO yang akan membawa masalah kat diri sendiri tu dan tak lupa selalu² la muhasabah diri, penting tuu. Peringatan ni pun untuk diri sendiri jugak, huahuahua!!




antara dua orang ni kan, agak² sape lagi EGO ea? ;p




p/s : yang laki tu kot paling ego..wakakakakakaka

2 ce komen, ce komen kat bawah ni..:

Unknown said...

sap..sapa???

Nurul Ezzah said...

hg la..wahahaha

Post a Comment