12 Apr 2011

Hukum² Kahwin



Kawen oh kawen..

Teringat time skola, bile ustazah mengajar bab PERKAHWINAN memang majoriti bebudak kelas idup dan bernyawe. mungkin tajuk ni memang sangat menarik untuk didengar termasukla aku. syokkk woooo bab2 kawen ni. hehehehe. tapi bile dah besar, tajuk kawen ni boleh menyebabkan tekanan pada seseorang. Pelik kan?

Kat bawah ni merupakan hukum-hukum bagi sesebuah perkahwinan. Saja nak refresh apa yang ustazah pernah ajar dulu. hehehe. =))


Perkahwinan yang WAJIB.
    Orang yang diwajibkan berkahwin ialah orang yang mempunyai nafsu yang kuat sehingga membolehkan beliau jatuh ke lembah maksiat (zina dan sebagainya) sedangkan ia seorang yang mampu. Mampu bermaksud ia mampu untuk membayar mas kahwin dan mampu memberi nafkah kepada bakal isterinya. Dalam kategori ini, perkahwinan boleh didahulukan dari naik haji kerana risau penziaan akan berlaku. Tetapi jika dapat mengawal nafsu, maka ibadat haji yang wajib perlu didahulukan kerana beliau seorang yang berkemampuan dalam segala aspek.   
Perkahwinan yang SUNAT
    Orang yang disunatkan berkahwin ialah orang yang mempunyai kesanggupan untuk berkahwin dan berkemampuan serta dapat mengawal nafsunya daripada melakukan perbuatan zina.
Perkahwinan yang HARUS
    Orang yang harus berkahwin ialah orang yang tidak ada padanya galakan dan bantahan untuk berkahwin dan ini merupakan hukum asal perkahwinan.
Perkahwinan yang HARAM
    Orang yang diharamkan berkahwin ialah orang yang tidak berkemampuan untuk memberi nafkah zahir dan batin dan ia sendiri tidak berkuasa (lemah), tidak mempunyai keinginan untuk berkahwin serta dikuatiri akan menganiaya isteri jika berkahwin.
Perkahwinan yang MAKRUH
    Orang yang makruh hukumnya berkahwin ialah orang yang tidak mempunyai kesanggupan untuk berkahwin (dibolehkan melakukan perkahwinan) tetapi ia dikhuatiri tidak dapat mencapai tujuan perkahwinan.Oleh itu dianjurkan sebaliknya ia tidak melakukan perkahwinan.

0 ce komen, ce komen kat bawah ni..:

Post a Comment