19 Apr 2011

Putrajaya.....


Santeknye Keindahan Tuhan..

Yup, aku mengaku Putrajaya adalah tempat yang menarik. Tempat yang ada segala-galanya untuk menenangkan fikiran. Nak karaoke, pergi je kat Alamanda. Nak mentekedarah, pergi la warisan kalau taknak jauh-jauh. Nak bergambar sakan, haa macam-macam tempat boleh pergi.

Tapi, aku tak suka Putrajaya. Lebih senang, tak suka tinggal di Putrajaya walaupun tempat ni segala-galanya ada bagi aku. Aku ada kerja, rumah, gaji tiap-tiap bulan dan boyfriend. Semua tu dapat bila ada kat Putrajaya ni. So, nak apa lagi? Apa-apa pun, kene la bersyukur, Alhamdulillah.

Dari Bangsar ke Putrajaya, dari TNB ke JPA, dari Setiausaha ke Pembantu Tadbir. Dulu punya la beriya-iya nak blah dari TNB, tak suka kerja kat situ. Tapi bukan sebab tekanan kerja, sebab perangai bos yang macam hareeeemm tu. Tak penah ada bos macam tu gaya. Isk2, mintak simpang la jumpa orang macam tu lagi.

Kalau boleh ulang masa, nak je ulang masa aku resign TNB dulu, takkan aku hantar surat resign 24 jam tu. Terus buang dalam tong sampah je. Lagi sanggup kena ayam-ayamkan dengan bos aku dulu, sanggup jugak teruskan kerja walaupun gaji ciput. Kalau tau kehidupan macam ni kat Putrajaya, takkan sesekali aku berhijrah. Takkan aku relakan. Banyak sangat pengorbanan yang kena korban dengan penghijrahan yang aku pilih sendiri.

Kalau tak berhijrah ke Putrajaya ni, aku takkan rapat ngan kau, aku takkan buat perkara yang salah, aku takkan membenci kau, dan yang lebih penting, aku takkan tau perangai kau yang sebenarnya. Kalau tak berhijrah, aku dah kahwin dengan dia, aku dah berbahgia dengan dia, aku dah ada anak dengan dia. Kalau tak berhijrah, aku tak perlu susah-susah nak jaga orang, dan orang pun tak perlu susah-susah jaga aku. Kalau tak berhijrah aku takkan kenal kawan-kawan baru, sebab kawan-kawan lama dah cukup. Kalau tak berhijrah, masalah macam sekarang ni takkan timbul. Kalau la tak berhijrah.......macam-macam boleh diselamatkan. Aisehhhh.

Tapi, bising-bising pun, dah 2 tahun la kat sini. At the end, aku sedar gak. Tak patut nak salahkan Putrajaya, bukan salah kerja, bukan salah orang lain. Semua jadi atas kehendak aku sendiri. Tak semua yang tak best kat sini, ada jugak yang best, cuma aku taknak admit je benda tu. Egokah? Hahahaha. Tiap-tiap hari bila bangun pagi, kena set kan otak ni supaya menerima segala takdir yang ditentukan oleh-Nya dan berusaha menjadi seorang  yang lebih baik dari yang sebelumnya. Pengalaman mengajar segalanya...

Untuk keluarga tersayang, terima kasih kerana sentiasa berada di sisi ketika memerlukan. Untuk Ku Mohd Syahfiq, thank you for being my lover and sorry for everything. Saya hanya manusia biasa...


p/s : Siapa lagi yang boleh memotivasikan diri sendiri melainkan empunya badan, betul tak??

2 ce komen, ce komen kat bawah ni..:

Bandaq said...

ako tak suka putrajaya..pasal bnyk org gomen !!!

Nurul Ezzah said...

org gomen mcm hg ni la patot dihalau..shuhh2!!! hahahaha

Post a Comment